Wednesday 7 November 2012

sharing is caring :)

ASSALAMUALAIKUM!!
Hari ni tiba-tiba je rasa rajin nk update blog ^_^
sebenar yer saya nk kongsi satu ilmu atau lebih specifik lagi petua kot hehehe..
saya dapat ilmu ni daripada radio IKIM fm sebenar yer, dalam salah satu slot pagi diorang.
Slot ni dikendalikan oleh PROFESOR DR MUHAYA setiap pagi dan pelbagai topik diorang 
bincangkan. Profesor Dr Muhaya ni seoarang pakar mata dan pakar inspirasi..
Erm, dengar dia pyer kerjaya pun hebat kan, apatah lagi klo kita dapat dengar dia pyer ceramah!!
VERY GOOOOOD!!




Topik yang diorang bincangkan hari ni ialah berkaitanm dengan pencarian jodoh.
mesti menarik bukan??



Ajal, maut dan jodoh tu semua telah diatur oleh ALLAH SWT sejak kita di dalam kandungan ibu kita lagi. Korang mesti selalu dengar dialog ni kan "kau bila lagi nk kahwin??" then jawapan yer "erm, xde 
jodoh lagi. Biar lah ALLAH dh tentukan jodoh aku" / "Susah la nak cari pasangan yg baik sekarang"..
erm korang tau tak, sebenar yer kita telah menjadikan diri kita ibarat magnet yg berkuasa negative bila kita berfikiran begitu.. So maybe kita akan mengambil masa yg lama untuk bertemu jodoh korang..
Oleh itu, kita kena ubah magnet itu menjadi positive.



Selain tu, setiap manusia mengimpikan pasangan yg baik, beriman, boleh menjaga maruah pasangan, boleh jadi imam dan bla, bla, bla....kan??
Bak kata Profesor Dr Muhaya, bila kita mengimpikan pasangan sebagaimana kita senaraikan tadi
pasangan kita juga turut mengimpikan perkara yg sama.
Oleh itu, cuba kita muhasabah diri kita sama ada kita ni cukup tak amal ibadat kita dengan ALLAH, mcm mana hubungan kita dengan ibu bapa kita, sanak saudara and so on..
Klo kita ni hanya cukup2 makan jer, so kita perlu la perbaiki diri kita.


Situasi yg sering berlaku apabila nk dapat jodoh or cari jodoh, selalu yer kita akan bangun solat tengah malam kan?? hampir setiap hari..
Ya, ia memang la sesuatu yg baik dilakukan tapi adakah berbaloi klo kita tiap2 hari bangun solat tahajjud tapi hubungan kita sesama manusia kita tetap tidak perbaiki yer??
Oleh itu, bak kata Profesor nak lagi cantik terus kan solat tgh mlm tu plus dengan bantu ibu bapa kita, adik beradik kita, sanak saudara, anak-anak yatim, jiran tetangan, rakan-rakan dan lain-lain..
Itu adalah cara yg paling baik..
Slot pagi tadi jgk, Profesor Dr Muhaya ada bagi dua contoh situasi yg berlaku dlm pencarian jodoh mereka.
Katanya situasi susah nak m'cari jodoh or m'dapat jodoh ni sering berlaku kepada golongan profesional seperti doktor, peguam n lain-lain.
Reason yer sbb lelaki takut nk dekati golongan profesional mcm mereka, tapi tu just kajian jer tau.. x tau la betul  ker x ^_^



Situasi pertama, dia ni seorang doktor. Sewaktu b'jumpa dgn Profesor dia still single, tapi selepas beberapa bulan kemudian dia telah berkahwin.. Erm, agak kan apa reason dia??
Doktor tu cakap, bila dia balik rumah dia muhasabah diri dan try tranfomasi..
dia ubah cara ibadat dia dengan betul kan apa yg salah dan top up apa yg perlu..
dia baiki hubungan dia gan ibu bapa dia, adik beradik, sanak saudara, dia ubah sikap dia dari sifat mazmumah kepada mahmudah dan banyak lagi kot..




Situasi kedua plak, dia ni seorang peguam.. Dia selalu bt solat tahajjud, tapi dia still tak bertemu jodoh..
Tapi selang dua bulan kemudian, dia telah berkahwin dan mendapat jodoh yg sangat baik.
Rahsia yer sama jugak gan situasi pertama..

Then sebab tu la, Profesor bt kesimpulan apabila kita nak kan pasangan yg baik, beriman, dan segala yer lah
kita kena ubah diri kita dulu
INSYALLAH, ALLAH akan permudahkan kita dalam m'cari jodoh..

Farah harap korang boleh ambil serba sedikit ilmu pengetahuan ni.
Sebenar yer banyak lagi, tapi lebih baik korang dengar sendiri ceramah Profesor..
Farah hanya la insan biasa, yg tak terlepas dari buat kesilapan..
So, klo ada silap information ker tolong la betul kan ek ^_^..
Farah just nk kongsi ilmu dgn korang semua sbb Farah tahu ada di kalangan kita cuba sedaya 
upaya untuk mendapatkan pasangan yg baik..betul la tu, sapa tak pasangan yg baik kan??
Farah doakan kita semua bertemu jodoh yg baik..





No comments:

Post a Comment